Monday, October 10, 2011

Bismillah

Salam pembuka bagi entry kali ini, nyata saya sudah mati ide untuk blog ini yang telah sekian lama terkubur. Sebab itu saya mulakan dengan bismillah. Nyata saya sudah lama tidak berblogging. Bukan apa, semenjak saya tukar bekerja, saya tidak sempat mengeluh pasal kehidupan saya. Saya tutup sebentar hidup saya untuk sementara waktu.Kerana apa..? Kerana saya cuba menikmati hidup tanpa mahu mengeluh lagi akan manusia sekeliling dan mencari diri saya.
Buka kisah bab cari diri, sudah lama terkumat kamit dalam hati ini. Munglin yang saya cari bukan diri saya, tapi Allah. Tuhan yang Maha Esa.
Berbalik pada pekerjaan saya, yang benar propagandanya adalah untuk bermula dgn pencarian diri juga semakin kabur dan terbantut. Saya mula menyedari yang saya sebenarnya jauh lebih baik dari sebelum ini-tetapi sayang di pemikiran sahaja. Adakah bermaksud saya harus lahirkan idelogi dan falsafah saya tentang kehidupan. Tetapi dengan cara bekerja bersama mereka yang jauh lebih susah difahami dan yang sama erti dengannya, adalah sangat menakutkan. Ironinya, manusia lebih menakutkan saya daripada binatang kecil hitam coklat bernama lipas.
Yang pasti, saya tidak suka mereka.
Kisah cinta,marah,perasaan dan perasan sering kali hinggap seperti lalat di tingkap dapur rumah nenek saya di Linggi,Melaka. Al-kisahnya di Kuala Sg.Baru. Rumah Nenek paling kaya di tepi surau yang pernah saya alunkan azan sewaktu masih kecil bersongkok.Bila malam, saya gemar melihat atap rumah kampung itu, dari luar, bila di dalam saya lihat siling nya. Yang ada kipas siling berbunyi perlahan, sangat-sangat memahami suasana kampung. Lagi bunyi cicak, dan cengkerik ataupun katak.
Seperti sekarang, saya berada di wad hospital kuala lumpur. Menemani dan menjaga nenek saya Opah. Opah yang mana saya pernah dijaga olehnya semasa saya bersekolah rendah. Opah yang mana saya akan pergi mengikutnya ke pasar pagi membeli ikan, sayur dan lain2. Opah yang mana saya akan minta duit sebanyak 10sen membeli aiskrim malaysia kat depan rumah. Opah yang saya sayang. Opah yang semua orang sayang. Tapi kenapa sayang tapi tidak pula menjaganya dengan baik. Saya sekali lagi melihat di siling wad ini, lalu mengingatkan pada kampung. Cuma bezanya,ada lampu kalimantang yang besar jejarinya, dan besi2 elektrik dan pili air kecemasan, Bunyinya juga berbeza, ada bunyi batuk dari seorang tua, tapak kaki nurse yang kepenatan dengan seretan kasut,bunyi besi katil dr seorang tua yang mahu memanggil nurse. Malah kadang2 suara mereka yang menangis dan mencari anak. Saya berasa sangat kasihan pd mereka. Opah sedang tidur, saya harap dia cepat sembuh dan tersenyum seperti biasa. Orangnya sgt berbudi tinggi sopan santunnya. Setiap kali diucapnya terima kasih bila membantunya, dan maaf jika tidak dapat makan dan nampak saya. Kisah Endon Paras akan saya ceritakan lagi selepas entri ini.
Bismillah.