Tuesday, March 16, 2010

Pantun Nasihat

Seminggu lepas,aku pulang ke rumah emak.Gara2 nak mentauliahkan adik aku yang baru lepas SPM.Result tak gempak tapi gamatnya kat mak.Risau adik aku tak makan sebab result bahasa inggeris D. Adik aku pun terlopong sedih. Aku nasihatkan dia semak semula moga2 dia boleh perjudikan result baru itu dengan kebarangkalian yang lebih baik. Yelah, D itu dah sempitkan jurang kursus yang boleh diambil,biarpun Sejarah,Sains dan Agamanya A-.

Niat nak jadi peguam,
Ambil jurusan law,
Tapi akhirnya tergamam,
Kerna result BI low.

Aku rasa semua ini ada hikmah.Dulu 6 tahun dulu berlaku perkara yang sama kat aku untuk subjek ekonomi dan sejarah, Tapi honestly aku tak tahu apa hikmahnya, Biarpun aku berkata ada,di awalan perenggan ini. Janji Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui nasib kita di akhir nanti.

Cita cita nak jadi ahli arkeologi,
Ujian sejarah selalu gempak,
Bawa buku ekonomi lagi,
Tapi sayang semua tempelak.

Kalau dulu aku cemerlang,mak sahaja yang wish aku. Tak lupa kawan2,sahabat2 dan cikgu2 yang disanjungi umpama susu tin cap junjung. Lepas dapat SPM, ada suara jahat tempelak dari tepi. Ditanya adakah betul aku boleh belajar sampai Universiti,bolehker si dia sambung? Boleh ker.Nak ker dia.

Kalau Tuah lawan Jebat,
Tentu ada Sultan Melaka,
Kalau ada mulut jahat,
Sudah rezeki tak akan ke mana.

Setelah genap masa sedekad ku rasa,dah segulung ijazah aku gengam. Tanpa ada kegelisahan wang saku dari si jahat. Aku bertelungkus lumus,bersengkang mata buat kerja tambahan,part time kilang semata2 nak cari duit. Aku bukan lah mereka yang on handphone dan call "Mummy, nak duit,tak cukup" atau "Pa,bank in duit boleh tak". Aku malu nak bangga.

Ada bapak tapi menghilang,
Ada pengganti tapi melambai,
Janji hidup diri cemerlang,
Sampai mati diingat si lebai.

Tak sampai seminggu result SPM.Adik aku dapat hadiah hanphone N97 Mini. Dah dijanji pula laptop.Keputusan nak masuk U dah lupa. Tak cukup duit ditambah. Aduh, begini senang nasib anak sekarang,dibuai sampai ke atap. Apa kejadah pula ibu bapa sekarang melimpah anak dengan keseronokkan.Ingat lah susah sebelum senang.

Keluar di mulut bukan cemburu,
Dalam di hati nyata beringat,
Tiada ketulenan anak itu,
Bila dilimpahi emas dunia.

Walhal,tidak hairan lah. Anak anak sekarang ber dehem,berhentak,berdendam,dengan kasih sayangnya itu. Tidak hairanlah juga melimpah bapa2 tua di jalanan,ibu2 tua di pinggiran, dan anak2 muda di hiburan sana sini.

Sesungguhnya aku juga anak deheman itu. Cuma bukan pada yang salah. Mungkin benar kata guruku satu ketika, tak kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Dan juga guruku yang lain, pernah berkata, anak2 pengikat ketebusan dosa2 keturunan nya itu.

Oleh itu, bersama2 lah kita insaf kan diri semoga jangan lah kelalaian kita dibalas bala ke atas manusia di sekeliling kita. Amin.

No comments:

Post a Comment