Sunday, September 27, 2009

Jiwa yang kosong

Baru-baru ini,fikiran ku melayang jauh di sudut hati kecilku. Hati dan jiwaku yang semakin kosong itu memekakkan sahaja perasaan itu. Seolah-olah sudah mati dibuai fikiran2 yang terganggu. Tatkala aku keseorangan,perasaan itu sering terlintas. Jadi aku takut untuk keseorangan,dan sentiasa sibukkan diri di rumah. Aku menjamah makanan yang entah keberapa kali,melayan karenah adik2 yang gila,menonton siaran berulang2,dan pertuturan ayat susun ku jua tunggang terbalik.Aku endahkan,asalkan aku masih bertahan melarikan diri.
Rupanya,aku sedar,jiwa ku masih kosong. Dan juga untuk entah kali keberapa. Aku gagal mendapat berkat ramadhan,dan aku lari dari kebenaran syawal. Aku tidak sekalipun menghayati takbir raya seperti tahun2 sudah. Benarkah aku sudah jauh ? Jiwa ku juga kosong?
Aku tak mampu menghayatinya,kerna aku mahal menjatuhkan air mata ni didepan keluarga, asal ada sahaja takbir aku tukar siaran atau buat sibuk. Malah,aku tak teringat siapa lagi aku sepatutnya aku perlu buat? Sebagai anak. Sebagai sahabat? Sebagai kakak?
Aku lari selama seminggu. Sehingga hari ni untuk memulakan kerja esok. Aku bingung kenapa jiwaku kosong. Aku sedih.

No comments:

Post a Comment