Saturday, October 3, 2009

Pertunangan Snow White

Kenyang perut harini pergi rumah Snow White,ada tapau lagi pulut kuning. Alhamdulilah majlis tunang Snow White berjalan dengan lancar dan cuaca cerah selepas baju Snow White dibaling keatas atap. Cerita Snow White kat aku, grandmanya 'campak' bak ikut petua orang dulu2 bila hari hujan. Aku pun baru tahu. Kalau macam itu aku nak try nanti bila hujan, and if hari yang aku bertunang. He he.
Aku bertolak pukul 11.00pagi dan ambil lrt ke Bandar Tasek Selatan, lalu ambil Teksi ke Taman Conought. Kos RM10.00. Dalam 20 minit sampai ke rumah yang dituju.
Aku nampak Snow White all in classic grey. Very cute and nice. All her niece,aunty,and family are cool and nice people. Makanan pun sedap sedap. Ada lauk udang sambal,ayam kari rendang special,sayur campur,daging negro (daging masak kicap lar) ,dan air sirap yg best pernah aku minum. Semacam sirap berries. Aku pun pakat2 sebelum itu bergambar bersama Snow White.
Gembiranya suasana nya. Akhirnya aku dapat juga bertemu jejaka yang mencuri hati Snow White. Tak sangka,biasa2 sahaja orangnya. Gempal. Aku ingatkan sehensem putera Snow White di dalam buku itu.Orangnya besar juga. Semoga sesuailah mereka sehendakNya, Amin.
Aku tumpang dua2 kaki,(bukan sebelah je) bila tengok Snow White happy. Terasa aura tunang gembira Snow white berpacaran dekat dengan aku. Macam mana lah pula masanya aku nak bertunang.
Sebenarnya,ini pengalaman pertama aku bertunang. Sebab aku tak pernah pergi ke rumah orang yang bertunang. Aku tak sangka juga akuni jemputan khas ke sana. Macam2 soalan aku tanya Snow White, etc:-pihak lelaki tak naik bilik sarung cincin ke, hantaran duit lipatan bunga tiadake, yang lagi teruk aku boleh pelik lelaki datang sekali masa meminang. Haha.
Aku ingatkan diaorang akan duk terkebu kat rumah sorang2. Mana drama lama aku tengok ni.
Ye lah zaman dah berubah.
Masa pulang,aunty dia tolong hantarkan straigh terus ke rumah aku, tak turun lrt pun. Best kan hidup free. Makan free. Pengangkutan free. Hahaha.


Aku dah penat ni,penat makan. Huhu.Aku nak tidur kejap kat bilik ni. Bilik?.Aku masuk tadi tak nampak lantai.Aku ingat tempat pemusnah barang2 sampah. Huhuhu. Buruknya perangai.
Hehe.

No comments:

Post a Comment