Saturday, April 11, 2009

Naluriku terdetik seketika

Setiap kali, aku lihat diriku yang kurang ini di dalam cermin, seringkali ku terdetik, siapakah aku di hati seseorang nanti. Aku terasa terlalu tidak sempurna untuk memenuhi hidup seseorang yang akan dikongsi bersama, satu hidup untuk berkongsi impian ataupun sebaliknya.

Aku tahu siapa diriku, dan aku sedar siapa aku sebenarnya, berwajahkan siapa, bersikap bagaimana, dan nokhtah-nokhtah hitam di hati ini. Sudah gelapkah ia? Mungkin aku sahaja yang melebih-lebihkan, walaupun tidak, sedikitpun menjadi hal, atau masalah besar, dalam menjalani hidup ini sebenarnya. Kerana di dalam kubur, aku mungkin lebih mengerikan, lebih teruk, dipukul palu, dengan mungkar dan nangkir.

Ya, aku pernah lupa tikar sembahyangku dulu, yang pernah ku basahi dengan air mata, tika saat ku fikirkan ku sudah tiada sesiapa di dunia ini. Aku lupa janji ku tiap kali sujudku sembah, tika pada saat ku susah dan tika aku dikelilingi mereka yang beriman. Aku dahagakan keseronokan yang ku jadikan tunjang nikmat hidup,yang mungkin mereka yang hampir dengan ku tidak tahu akannya. Sudah pastilah, siapa yang gila akan mengakuinya. Itulah aku yang dikesali.

Pun begitu, aku bersangat syukur atas segala nikmat y Dgia berikan, sahabat yang dikasihi,dan ditemui, ilmu keberkatan dari guru-guruku, dan juga makan pakai minum. Biarpun yang kemudian itu datangnya sedikit, malah ianya ada satu lagi, hati yang tenang dikurniakan. Tapi itu dulu, dan kini, aku sudah hilangkannya, Aku masih mencari-cari hati ku itu, di mana ia, kemana ia,mengapa ia,bagaimana ia berlalu sudah.

Tiap hari aku panjatkan doaku, Ya Allah, ampunkan lah dosa hamba mu yang kotor dan hina ini, bersihkan diriku sekerdil semulia hambamu yang beriman, sebelum aku mati dalam kegelapan,sebelumku redah lautan api dunia, Kau jauhkan aku dengan semuanya,takutkan aku dengan api neraka mu, tundukan aku dengan azanmu,kayakan aku dengan sahabat,ilmu dan wang, berkatkan kerja dan urusan ku,halalkan makan dan minum ku bagi perut dan tubuhku juga halal seadanya, dan cintakan aku dengan yang baik dan seadanya,

Amin.

No comments:

Post a Comment