Saturday, April 25, 2009

Muhasabah Diri Ku

Lima soalan pendek sahaja,namun sukar untuk ku huraikan dengan jawapan yang benar2 bermakna.Dahulu, masa aku masih mentah, lima soalan inilah yang menjadi tunjang asas kepada permulaaan kesedaran ku dlm mengukir matlamat untuk berjaya aku sendiri.Meskipun,mentah,aku masih boleh terus berpegang dan mengingati ikrarku itu,dan berkongsi bersama teman2 lain,sehinggakan mereka kagum dan berubah demi mencapai apa yang dihajati. Mereka berjaya.Aku tersenyum gembira.
Setiap kali,pulang sekolah ke rumah,waktu ku yang lapang tidak pernah disinggahi dengan muhasabah2 ini.Sehinggakan,ia menyemai dalam hidupku selepas itu.Seketika aku menunggu bas 'merah yang panjang' di hadapan kedai gunting rambut dan tepi jalan,pasti aku akan terkedu sendirian memikirkan ia.Selepas ku menjamah makanan,dan seketika ku masuk tidur.Aku selalu mencari-cari identiti aku sendiri yang tak jelas. Jiwaku tika itu sangat memberontak,nafsu mudaku yang merah selalu terlanjur,dan sehinggakan aku sudah jauh,jauh,jauh.

Siapa dirini sebenarnya. Aku tak kenal...mungkin mereka yang mendampingi ku juga lebih kenal akan diriku daripada aku sendiri.Kasihannya.Rutin hidupku semakin hilang murni dan indahnya, kurasakan seperti aku adalah manusia yang paling rugi.sebenarnya,bukanlah sukar hendak meramalkan ku tetapi sukar dijangka.kerana aku mudah dan senang,jiwaku menerima semuanya dan seadanya.tiada yang mustahil.aku cuma mudah menyayangi dan mudah membenci.mungkin ramai yang menyukai sifatk kerana humorku,dan juga mungkin ada yang tidak kerana sifat kasarku.aku hanyalah seorang manusia yg bercita-cita besar,namun seringkali tercicir dan tewas,dan aku sgt sgt memerlukan petunjuk dlm hidup ku kini kerana dari dulu sehingga kini aku masih belum puas dgn diriku.

No comments:

Post a Comment