Tuesday, December 29, 2009

Selagi ada waktu

Aku rasa bersyukur sangat harini, akhirnya lagu yang aku cari selama ni tlahpun aku jumpa.
Drama sempena Hari Raya Aidiladha-Selagi ada waktu (2009), sangat2 menyentuh jiwa aku. Apatah lagi bila salah satu lagunya-indonesia,dialun sekali. Pengajaran drama itu untuk aku adalah sangat besar maknanya bagi pengorbanan seorg anak kepada orang tua. Sungguh. Titis air mata ini tika terlalu asyik dengan alunan tema lagu itu. Sampai digelakkan adik2. Al maklum, cerita2 genre sedih bukan pilihan dihati atau dimata, mudah sgt terleleh air mata ni. Namun aku puas seribu bahasa.

Sayang tajuk tema kumpulan nyanyian ini dan penyanyinya langsung aku tak tahu. Aku
pasti mereka mungkin bukan kumpulan yang terkenal,dan hanyalah band kecil di Indonesia. Tapi belum tentu. Mungkin salah. Sebab puas pulun aku mencari di sesawang internet, dan
Google nama dan drama ini, semata-mata untuk lebih tahu lagu ini.

Tidak sangka,ketika balik dr kerja,aku ambil teksi di Lrt Cheras,untuk kerumah, biasanya aku gah berjalan kaki ke rumah. Di dalam teksi, aku terdengar alunan lagu tema Selagi ada waktu ini, pantas aku menegur pakcik driver,aku tahu dia bukan dengar radio, tapi CD. Jadi, ku tanya, kumpulan apakah ni, dan tajuk apakah ni, ?

Sayang dia sendiri tak tahu, dia ambil dari anaknya,yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam penyuntingan cerita ini, dan mendapat CD salinan dari anaknya sahaja. Dia kata, ini dari cerita Selagi ada waktu.

Ye. Cerita ini dah banyak komen dalam internet. Cuba google. Tapi bila google untuk tajuk lagu, keluar selagi ada rindu pulak..!!. Nehi...Wrong..

So, aku masih tak tahu tajuk lagu ni dan tak berputus asa mencari dan Google sampai dapat.

Dari penerangan pakcik teksi tu, katanya kumpulan ni taklah sefeymes macam kumpulan Samsons ker,yang melambak2 dalam internet. Entahler.

Tak sangka, setelah sebulan. Tiba2 aku ternaik lagi teksi pakcik itu tadi, aku tekad. Aku kebahkan diri dan tebalkan muka.

Pakcik, orang yang saya tanya pasal CD haritukan. Dia Ingat. Bagus. So, aku belum sempat nak minta pinjam. Dia dah keluarkan dari CD -rom radio teksi tu, lalu hulurkan aku CD-RW itu. Memang. CD . Yes. Aku senyum tergila. Hehe. Aku cakap pakcik saya mohon pinjam. Aku dapat kad pakcik itu, so esok aku akan cuba locate dia dan pulangkan semula.

Aku dah copy lagu ini dalam laptop.Jangan laptop buat hal udah. Huhuhu. Aku sangat bersyukur.

Biarpun dalam CD RW,ni,adalah salinan, dan tiada bertajuk, semuanya track order, aku yakin, aku akan tahu juga satu hari nanti tajuk lagu ni. Sekarang ni aku sedang enjoy lagu ni. Hehe.

Semua best. Lagunye ku putar2. Aku akui indonesia mempunyai banyak band2 yang jitu2 bagusnya. Tahniah dong!!!!

Salam. Amin.

6 comments:

  1. salam...
    em luckily sy sgt hepi bile jumpe blog ni..
    n sy jgk sdg mencari lagu yg same..huhu
    tp xjumpe sampai skang..leh sy tau pe tajuk lagu 2?n name band..da pnt sy search google sume..tp xdpt jgk..hope awk leh bg tajuk lagu 2..plz...hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. tjuk lagu tu bila waktu telah berakhir..-opick

    ReplyDelete
  3. thankssss ! saya tgh tengok drama tu n tgk cri tajuk lg yg sama jugakk huu

    ReplyDelete
  4. mcm mana saya nak donlod drama tu? sy pernah tgok mmg tersentuh hati.

    ReplyDelete
  5. THANKS GOD.....sy pun tgh cri tjuk lagu 2...nsib baik jumpa blog ni...terima ksih ya...

    ReplyDelete
  6. dah jmpe pon tjuk lgu 2...alhamdulillah...drama 2 best giler...

    ReplyDelete