Wednesday, August 26, 2009

Orang Besar Vs.Kroni

Aku tak tahu lah nak cakap dan komen..pas satu..satu hal jadi. Kenapalah manusia suka berdayus sesama sendiri. Bukankan kita dijadikan Tuhan untuk saling melengkapi dan bermanfaat bersama. Kenapa perlu ada penderhakaan,penghinaan,dengki mengkhianati dan bermuka-muka.
Kenapa perlu kita berubah balik seperti di takuk lama dan tidak menuju ke hadapan dan bersedia dengan keadaan semasa. Ada baiknya kita bersama-sama, daripada berpatah balik ke juram .
Dan akhirnya ‘saudara’ sendiri kita gadaikan untuk kepentingan tertentu.
Aku terkedu buat entah berapa kali,sejak akhir2 ini. Aku termanggu dan bingung. Aku mendapat tahu, dr sumber yg boleh dipercayai,sahabat2 sekerja yg pernah meninggalkan ofis ni,akan kembali semula. Semuanya bermula apabila ‘orang besar’ berhenti. Orang penting pula sudah mula mengerakkan langkah mengumpul kroni2 . Bangkit dan kehadapan. Aku tidak kisah. Sungguh aku tidak hairan. Aku sendiri menantikan salah seorang kepulangan kroni tersebut. Namun, aku tersentuh dengan tindak tanduk orang penting,apa yg dikatakan. Ianya seperti satu tamparan hebat bagiku. Seperti satu amaran bahawa ‘jangan bermain api’ dgn berkopiah. Aku tidak hairan. Aku tidak kisah dan endahkan semuanya. Namun aku ada juga terlintas,aku juga orang baru. Mungkin boleh jadi nasibku ditangan berkopiah itu. Apa benar? Aku benci . Ini aku tidak suka. Aku tidak suka orang membelangi aku dan berani memikirkan aku ini boleh dilakukan sedemikian. Mereka silap. Mereka salah.!!!
Pun begitu. Aku rela mencari lubang sendiri dari dipijak mati.Aku menunggu masa itu dating dengan sabar. Dengan tawakal aku hanya mahu belajar sebanyak mungkin disini.
Kemudiannya, aku mendengar bermacam2 lagi nasib malang. Aku salah seorang juga. Aku merasakan pemburuan kroni ini hanya permuafakatan dalam gunting lipatan. Permuafakatan dalam Kekronian.
Aku berdoa aku tidak goyah sekalipun aku jatuh. Bangkit dan majukan diriku seribu ratus kali dari harapan mereka. Tunjjukan mereka sekebal aku agar aku bangkit menjuarai dr mereka dari segi keihsaniah dan compension of human beliefing. I will show them Love to be kind will win and win.
No Hesitate, My destiny was not been judging by them.

No comments:

Post a Comment