Sunday, June 21, 2009

Haroun Peranchis


Mungkin hari ini Hari Bapa dan banyak orang menceritakannya,maka hati aku membenarkan je ingatan pada abah. Biasanya hari-hari yg berlalu,tak akan sebegitu mudah aku kisah siapa abah dihati ini. Sebab dia tak pernah muncul sebagai seorang bapa yg betul dlm hidup aku. Dan aku sudah lali dengan itu. Aku akur dia mungkin seorang bapa yg hebat,tetapi aku lebih akur dia malang sebab tidak mengenali anak-anaknya. Mungkin dia tak pernah terfikir bahawa dia mempunyai anak2 baik yg akan menyayanginya.Tapi sungguh malang,apabila tiba2 shj,aku tak 'gah' menagih doa untuknya lg.Berbeza dengan dulu.

Mungkin selama dua tahun ini,aku membisukan diriku dengan tidak bercerita kisahnya kepada sesiapa,aku mahu supaya malam ni akan terkubur bersama cerita ini.Supaya tidak perlu lagi aku bercerita kepada sesiapa,seperti terkuburnya jasadnya.Seperti mana2 malam yg menemaninya sebelum ini dan begitu jugalah malam yang sunyi ini menemaniku.

Aku anak yang naif,sunyi,dan tidak mengharapkan apa2 dr org tua,kecuali perlindungan dan kasih sayang.Aku lahir di dunia ini bagaikan satu amanah yang ku pikul,tetapi dugaan hidup ini lebih berat lagi dipikul.Lagi hebat dugaan ku,lagi banyak yang kurintang dan optimisku mudah getar.

Aku kenal abahku bukan semenjak lahir.Dia hadir tika aku dihujung tanduk dalam keluarga.Tika aku mula berteka-teki yg lelaki bersamaku dan ibuku selama ni,lelaki yg menunjukan sifat dominan tidak sukanya padaku,bukanlah abahku sebenar.Memang sah tekaan ku,selama ini aku memakan hati,dan kerana mak aku bisukan sahaja.

Tatkala aku rasa terpinggir,dengan mudah mereka bermesra. Tiba-tiba,Abah muncul. Pelik tp benar,itulah hari yg paling bahagia bgku.Biarpun pahit,bila mak dengan lembut berkata,"Inilah abah aku sebenar",kerana kebenaran memanglah pahit.Tp abah datang tepat pada waktunya.
Aku suka.Aku suka aku ada abah,akhirnya.Aku hebohkan kepada kawan2 bahawasanya aku ada abah,dan segala soalan mereka terjawab selamani,kenapa bapaku sebelum in,tak membelikan aku itu dan ini,kenapa namanya berbeza dengan apa yg ku dibintikan,segalanya hampir terjawab.Aku bukan anaknya.Tp sangkaan ku abahku sebenar bukanlah seperti abah yg lain.

Dia org hebat.Semua org kenalnya,katanya lagak macam perdana menteri.Ideanya tersembunyi tajam dan kejam.Mungkin sebab dia sekutu politik,aku kisahkan juga.Dia org kuat.Dia busy.Dia macam2 lagi.Dan dia sakit.Ye.Sakit.

Hari aku mengenalinya,adalah hari baru dia melihat ku.Dia datang menjemput ku ke kampung.

Dia hebahkan kepada org kampung,kenalannya,bangganya mcm riuh sekampung kerana 'telur ayam'.Tp aku telur ayam yg busuk.

Mungkin dia gembira,mungkin dia sedih,dlm kehidupan ini.Kerana dia sudah menempuhi pelbagai dugaan hingga ke Peranchis.Aku tidak pernah tahu.Pernah ketika dulu, dia cuba menidakkan aku utk tidak terus tinggal bersamanya bg mengelak dr hasutan nenek.Aku juga tidak mahu.

Sebab aku mahu tinggal bersama mak.Masih jelas lg keadaan itu dlm kepalaku.Nenek bermati2 meminjam telefon rumah jiran,pangillan ke Kuala Lumpur,untuk mak,hanya semata2 alasan nenek akan memberi aku wang,emas,makan yang hebat dari mak.Aku bodoh,iakan shj,sebab aku ada abah tika itu.Abah akan jaga aku.Aku tahu abah akan bawaku jumpa mak.Tp abah lari ke pondok bas seberang.Aku terlari2 anak mencari abah dan mak.Aku diberi dua pilihan. Daifnya aku,sebagai anak.Mengapa mereka kejam.Meletakkan aku sedemikian.

Abah menitis air mata,aku tak tahu.Aku putuskan untuk balik,biarpun mereka tahan aku selama beberapa hari.Aku berjaya membuatkan seluruh kaum Haroun membenci aku,Ya.Aku anak emak.Emak tidak boleh dibeli,mereka tidak boleh membeli aku juga.

Selama hidup susah dan senang bersama emak,dan berpindah randah.Memang Tuhan adil,membenarkan kesempatan aku berjumpa abah.Tetapi,aku boleh berkira2.Kami jumpa selang 3 -4 tahun sekali.Puratanya lebih kurang 6-8 kali sepanjang hidupku. Semuanya perjumpaan yg dirancang,dicari dan dipertemukan oleh pakcik ataupun abang aku sendiri. Senang sahaja,mereka akan cari aku melalui mak,sebab mak akan selalu berhubung dgn opah,dan mesej ringkas mereka ialah."Sheila,abah nak jumpa".

Begitu jualah dengan semua kaum kerabat Haroun Peranchis,kurasakan mereka semuanya sekutu.Tiada konsep keluarga bersama,atau kasih berterusan. Entah apa yang mereka tahu tentang kasih sayang.Aku teruja jikalau dapat mesej begitu.

Terujanya aku,sebab,aku mencari peluang melarikan diri dr masalah dirumah.

Maka kedatanganku pula hanya untuk meminta segalanya dan menjadi segalanya yg sepatutnya miliku tetapi dirampas dr takdir.Aku bermain dengan takdir ku sendiri.Aku meraskan sendiri bagaimana jika takdirku disebelah tangan abah pula,selain mak.Ya,hebat.Aku suka.Sebab abah banyak kenalan,banyak ruangnya,banyak ekspresinya,banyak duitnya,banyak yg aku tak dapat bersama mak.

Aku anak yg nakal.Aku pijak dan bermain dengan tahiku sendiri.Aku meludah kesana-sini,dan pulang ke mak semula setiap kali.Aku rasa hebat,takdir disana,dan aku rasa naif takdir disini. Namun,aku tunjangkan mak segalanya,sebab aku anak mak.Aku habiskan duit bersama darjatku,bukan seperti Haroun.Aku pegang janjiku hinggalah Haroun tiada lagi,duitnya bukan hilang untukku,tapi untuk dunia,duitnya adalah 'maruahnya'.Sebaliknya,aku tidak pernah tahu maruahnya,dan dengan sebab itulah,aku tidak kisahkan duitnya lagi.Duit yg datang itu hanya sebelah mata bagiku,sebelah lagi hilang bersama maruahnya.

Aku sedih bila terfikirkan aku tergamak berfikir begini.Tetapi,aku puas,sebab inilah dunia. Roda permainan perasaan.Dia juga bersalah kepadaku,bila meninggalkan aku.Bila mengherdik aku orang miskin,bila membanggakan hartanya,bila menayangkan jaguhnya,bila menidakkan aku anaknya,tatkala buat pertama kali aku datang ikhlas dan insaf untuk menjaganya dan mengenal bapa sendiri satu tika dulu.Sebab aku tahu masanya tidak ada lagi.

Aku tahu aku tidak mampu dan mahu lagi menjaganya di kemudian hari,melihat dan berjumpa lagi hartanya,harta yang tidak seberapa.Sedangkan akulah hartanya yg sebenar ini sudah pudar dikikis olehnya.

Sebab itu aku bersedia,dari awal,aku tahu dia akan pergi,dan aku berjanji mungkin hari yg menjelang tidak lg sukar seperti sekarang. Kerana aku sudah lali,adanya dia atau tiada di kemudian,hanya sama sahaja momentum itu bgku.

Malang,aku juadahkan botol arak malam pemergiannya.Abangku juadahkan consolenya.

Dia mati sendirian di hotel,kerana dia meninggalkan kami semuanya sendirian,dan benar sangkaan ku selama ni yg dia akan sendirian selamanya.

Panggilan telefon dari mak saudara,bahawa abah sudah tiada,disambut dengan perkataan "O.K" sahaja dariku,lalu ku tutupkan telinga.Keluar dan bangun dari tidur,lari dari masalah,aku jalan perlahan2 keluar,dari bilik. Bangunan asrama yang tidak berpenghuni itu,kerana cuti semester.Tatkala aku disitu,kerana bekerja,aku memukul dan menumbuk dinding.Air mataku tiba2 mengalir,berkaca2,dadaku seperti dirobek,dicalar,dan dicakar,

Dengan perlahan aku berkata,kenapa abah pergi dulu.Dan bukan nya aku,bagaimana aku nak membalas perbuatannya,baginya merasa kehilangan orang,memberitahunya betapa sayangnya aku padanya lebih dari pertemuan kami,betapa bodohnya dia meninggalkan aku.

Aku balik.Sepanjang malam,dan esok dan esok aku menangis di bahu emak. Kenapa aku begitu sayangkan dia.?Kenapa aku menipu diriku selama ni? Kenapa aku gah berkata yg aku tidak akan menyesal jika dia pergi? Melodrama aku terjawab. Aku sebenarnya sangat sangat menyayanginya biarpun dia pernah melukakan aku. Tapi aku tak bisa dan tak gah memanjatkan doa.Kerana hati aku keras.Aku kasihankan dia.Abah yang tidak bernama dalam hidup.Dan kematiannya yang sunyi. Sunyi juga doaku untuk mu.Maafkan aku.

Aku menyayangi dalam penyesalan.Susah dihuraikan.Susah lagi bahu ini memikul. Semoga kau di dalam lingkungan mereka yg mendapat pengampunan dr Allah s.w.t. Sedikit bayang sahaja aku minta,bukannya mimpi.Bukannya hartamu.Bayang mu sahaja.Sebab aku tak pernah merasa lebih dari itu,aku tidak pernah memelukmu,mencium dahi mu,tanganmu.Aku cuma mengejar bayangmu selalu.Kerana aku akan ekori dan berhenti seketika sambil tersenyum.Tatkala itu baru aku tersedar, kau masih abah yang ku benci,sayang dan suka.Tapi bukan doaku.Kerana aku daif.Kerana aku tahu aku ada mak sekarang.Maaf.

Amin.Amin.Amin.

No comments:

Post a Comment